HATI MATI
Artikel yang sangat bermanfaat ini saya temukan di sebuah blog pada bulan Juli 2011, namun saya lupa mencatat alamatnya.. jadi mohon maaf saya tidak mencantumkan sumbernya...
Matinya hati
adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh
kehidupan.Inilah natijahnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan
membersihkan hati kita.Kegagalan kita menghidupkan hati akan
dipertanggungjawapkan oleh Allah pada akhirat kelak.
Persoalan
sekarang, kenapa hati mati?
Hati mati
disebabkan perkara berikut :
1. Hati mati
kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil
iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.
Allah berfirman, bermaksud “maka kecelakaan besarlah
bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi
oleh Allah.Mereka yang demikian keadaanya adalah dalam kesesatan yang nyata”
(Surah al-Zumar, ayat 22)
2. Hati juga
mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani
sewajarya.Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak
minum, begitulah juga hati.
Apabila ia
tidak diberikan santapan dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani
yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.
Oleh itu,
jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor,
hitam, keras, sakit, buta dan mati.Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak
menginngati Allah (berzikir).
Firman Allah bermaksud “iaitu orang yang beriman
tenteram hati mereka dengan mengingati Allah.Ketahuilah! dengan mengingati
Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.”
(Surah al-Ra’ad, ayat 28)
Firman-Nya lagi bermaksud “Hari yang padanya harta
benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta
benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat
sejahtera daripada syirik dan munafik”
(Surah al-Syura, ayat 88-89)
Komentar
Posting Komentar